Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

exam fever =.=


Tidak ada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan Tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati


Monday, 16 April 2012

DIET!


Fat burning foods: 
grapefruit, watermelon, berries, hot peppers, celery, greek yogurt, eggs, fish, green tea, coffee, water, oatmeal.


Friday, 30 March 2012

WHAT!


For every minute of anger you lose sixty seconds of happiness. So smile big and enjoy every minute of life!

Sunday, 15 January 2012

BENTUK BADAN PULAK

1. PANJANGKAN MASA MAKAN ANDA - Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebanyak 44 kali.

2. MINUM BANYAK AIR KOSONG - Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3. MESTI ADA KEYAKINAN DIRI - Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4. REMPAH RATUS DALAM MAKANAN - Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5. MAKANAN PEDAS - Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6. JAUHKAN RASA TERTEKAN - Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. MINUMAN BERKAFEIN - Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8. MAKANAN SERAT TINGGI - Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9. SENAMAN - Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10. JANGAN TINGGALKAN WAKTU MAKAN - Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.

KULIT MUKA YEE

Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka anda. Biarkan ia  kering. Seterusnya, anda cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.

Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur dan sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Petua 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 35 minit. Selepas itu, cuci dengan air biasa. Amalkannya 3 kali seminggu.

Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Seterusnya, sapukan campuran tersebut pada muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan dan biarkan sehingga bedak itu kering. Kemudian, basuh dengan air suam.

Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.

Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka anda seperti memakai bedak sejuk. Lakukannya setiap hari.

LAMBAT TUA

1. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.

2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

Thursday, 12 January 2012

GIGIT KUKU


BAHAYA TABIAT NI!
Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh,  bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat. Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku. Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat merasa stres atau gugup.Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahutahu, kuku jari kamu telah ‘habis’. Perlu diingatkan, kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu. Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang padakuku dan mulut. 

Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan  berikut adalah tipnya. 

- Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku. 
- Jika kuku kamu sudah sedia rosak, bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali. 
- Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukisatau membaca.
.
.
.

Monday, 9 January 2012

DESSERT


BUAH MULUT! OOOOPPPSSS PENCUCI MULUT

Makan buah terlebih dahulu membantu memulihkan sistem pencernaan di mana proses penyahtoksikan dapat melalui proses semulajadi. Ia dapat mempercepatkan proses penghadaman. Namun, jika dimakan sejurus selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat- zat yang terkandung akan rosak dan menyumbang kepada ketidakselesaan perut.

AIR 0


Waktu Terbaik Minum Air Kosong 
*minum air pon ada waktu okeh

Amalan minum air kosong mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. 

Antaranya:
masalah sakit kepala, sakit- sakit badan, sistem jantung arthritis, epilepsy bronchitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. 

Antara peraturannya ialah:

minum 4 gelas air (160ml) sebaik terjaga tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
Jangan makan atau minum untuk 45 minit.
Selepas 15 minit bersarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam.
Copyright @ HAK MILIK TUNGGAL finas.lias