Sunday, 15 January 2012

KULIT MUKA YEE

Petua 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka anda. Biarkan ia  kering. Seterusnya, anda cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.

Petua 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur dan sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Petua 3Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 35 minit. Selepas itu, cuci dengan air biasa. Amalkannya 3 kali seminggu.

Petua 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Seterusnya, sapukan campuran tersebut pada muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan dan biarkan sehingga bedak itu kering. Kemudian, basuh dengan air suam.

Petua 5: Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Petua 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.

Petua 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka anda seperti memakai bedak sejuk. Lakukannya setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Copyright @ HAK MILIK TUNGGAL finas.lias