Monday, 6 February 2012

wanita tidak Allah jadikan daripada tulang rusuk lelaki.

Dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qartubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk bukan dicipta daripada tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain seperti mana wanita berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya justeru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia akan menghadapi masalah. Demikianlah juga dengan kaum wanita, tanpanya kehidupan tidak akan sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semula jadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza daripada kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semula jadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama dengannya untuk mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadangkala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

No comments:

Post a Comment

Copyright @ HAK MILIK TUNGGAL finas.lias