"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian seorang rusul dari anfusikum, yang sebangsa atau sejenis dengan kamu sekalian". (Surah At-Taubah: 128)
Dalam ayat tersebut diterangkan bahawa rasul itu darianfusikum. Tentu bererti bukan sebahagian dari badan kita, dan bukan pula dijadikan dari sebahagian anggota badan kita.
Demikian pula dalam hadis dinyatakan perempuan itu dibuat dari tulang rusuk. Bukan bahan asasnya dari tulang rusuk tetapi mempunyai sifat seperti itu.
" Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok kerananya peliharalah perempuan dengan baik".
No comments:
Post a Comment